The Red Giants
HOME
NEWS
SQUAD
ABOUT
PARTNERS
SOCCER SCHOOLS
Shop
Team Card
EN
MY
The Red Giants
HOME
NEWS
SQUAD
ABOUT
PARTNERS
TEAM CARD
WALL OF FANS
SHOP
TRACK ORDER
LOGIN
SELANGOR FC
NEWS AND UPDATES
News & Updates
›
Kenali Pemain Selangor: Fazrul Fahriz
Kenali Pemain Selangor: Fazrul Fahriz
Oct 10, 2019 - FAS
Edisi kali ini, FA Selangor membawakan kepada anda kisah Muhammad Fazrul Fahriz Zeky atau lebih mesra dikenali sebagai Fazrul.
Menyarung jersi nombor 7, Fazrul bermain posisi tengah dan menjadikan pemain berbakat besar tempatan, Nazmi Faiz Mansor sebagai idola kerana mempunyai teknik kawalan dan hantaran bola yang baik.
Bagi pemain luar negara pula, anak kelahiran Kuala Lumpur ini meminati pemain sayap Algeria yang kini bermain untuk pasukan Manchester United iaitu Riyad Mahrez.
Berumur 21 tahun, Fazrul telah memulakan karier bola sepaknya sejak di bangku sekolah rendah lagi.
Pada tahun 2014, beliau mula mengambil serius dalam bidang bola sepak selepas mencuba nasib dalam pemilihan dan tersenarai untuk mewakili pasukan Belia Selangor. Pada tahun berikutnya, Fazrul berjaya menjulang Piala Belia 2015 bersama skuad Belia Selangor.
Dengan bakat yang dimilikinya, Fazrul merupakan antara pemain tonggak skuad Presiden Selangor sejak tahun 2017. Beliau telah bermain sebanyak 14 perlawanan dan berjaya menjaringkan 4 gol untuk musim 2019.
“Saya rasa sukan bola sepak ni merupakan sukan yang menyeronokkan. Selain tu, saya juga ingin membalas balik jasa ibu bapa saya dan buat mereka bangga. Itu sahaja matlamat saya,” kata penuntut Diploma Pengurusan Sukan Universiti Teknologi Mara ini ketika berkongsi impiannya dalam dunia bola sepak.
“Setakat ini saya merancang untuk bermain untuk pasukan Merah Kuning sahaja dan berharap agar saya berpeluang menyertai pasukan utama Selangor di musim yang akan datang. Saya ingin menunjukkan potensi saya di pentas yang lebih tinggi,” tambah pemain penyerang ini ketika menyatakan hasratnya.
Fazrul telah terpilih mewakili Malaysia untuk Kejohanan Bola Sepak Universiti Asia 2019 di Taipei, Taiwan bersama tiga rakan pasukannya, Najib Abdullah, Saiful Iskandar Adha Saiful Azlan dan Muhammad Aidil Haziq Mohd Damanhuri yang akan berlangsung tidak lama lagi.
FA Selangor mendoakan agar Fazrul terus cemerlang mencipta kejayaan dan melakarkan sejarah baru pada masa akan datang.
Semoga berjaya Fazrul! Demi Selangor!
←
Previous
MALAYSIA CUP 2019: Selangor March To Quarter ...
Next
LAPORAN PERLAWANAN: Perlawanan di Jengka baka...
→
FA SELANGOR NEWS
Review of the 21th Match of the 2025/26 Super League | Kuala Lumpur City FC 2-3 Selangor FC| 55th Klang Valley Derby Victory
Read more
Super League Matchweek 21 Preview | Kuala Lumpur City FC vs Selangor FC | 2025/26 | Crucial Klang Valley Derby Battle
Read more
Review of the 20th Match of the 2025/26 Super League | Selangor FC 4-0 Imigresen FC | Proud of the Players’ Response
Read more
Super League Matchweek 20 Preview | Selangor FC vs Imigresen FC | 2025/26 | Every Match Matters
Read more